background

Friday, 3 December 2010

oh ibu....entry1

Asslamualaikum
hari ni dah masuk bulan december dan juga bulan yang sama kiter akan menyambut awal muharam, dan juga di bulan ini lah arwah ibu aku meninggalkan kami semua pada tarikh 19/12/2009 bersamaan 2 muharam... malam ni niza nk crita sedih sikit ttg pengorbanan ibu... entah tetiba saja teringat sangat pada arwah mak... mak niza seorang yang ramah, baik hati, suka bercerita ttg zaman2 muda, tentang kisah2 hidup pahit dan manis dia. Mak sangat penyabar dan sentiasa berfikiran positif.... walaupon dia sedar di sekeliling nya ader jugak yang ader perasan tak puas hati dengan mak tapi... mak tak pernah kisah akan bantu jugak orang yang sentiasa mengata dia dari belakang semasa arwah masih hidup. Ya Allah, semoga Engkau sentiasa mencucuri rahmat keatas roh Ayah dam Ibu ku dan meletakkan mereka dikalangan orang2 beriman....
Mak seorang yang rajin tak pernah berkira sekiranya orang meminta tolong. Mak jugak banyak memberi pengorbanan semasa niza dan adik2 masih bersekolah ayah jatuh sakit terkena strok semasa niza tingkatan 3 tambahan plak masa tu nak amik peperiksaan PMR. Mak berkorban dlm menjaga adik beradik dan meninggalkan kami dlm jagaan Abang.. masa tu Mak tinggal dan tinggal di hospital Penang di seberang pulau selama beberapa bulan disebabkan arwah Ayah kene masuk Kimo kerana doktor suspek Ayah ada ketumbuhan. Tapi bila ikhtiar berubat cara kampung Arwah ayah beransur sihat ketumbuhan di dalam otak ayah semakin susup.... alhamdulilah.. kemudian Arwah ayah pun dibawa balik rumah...
Setelah keluarga kami jatuh Mak ngn Ayah buntu sangat mcm mn nak anak2 yang masih kecil, pada masa yang sama kami masa kecil sentiasa dihujani dengan duit... bukannya senang macam orang kaya.. kiranya sebelum ayah sakit apa yang kami dan mak idamkan alhamdulillah semuanya dapat.. tapi setelah arwah ayah sakit smua jadi kekurangan... tapi alhamdulillah rezeki Allah sentiasa ada.... Mak berniaga.. menggoreng mee dan keowteow yang dibungkus dan diletakan di kedai... akulah yang sentiasa menemani Mak pagi2 sebelum subuh menghantarkan jualan di kedai di tepi jalan. Mmg perit nak bangun pagi masa kecil plak tu bolehlah dikategorikan usia remaja... kene bangun awal dlm jam 5.30pagi utk proses pembungkusan.. mmg perit tu.. bungkus sambil tutup mata...
yelah kan saya tahu ibu dan bapa kalian mesti jugak byk memberi pengorbanan kepada anak2 nyer jugak... kiter plak sebagai mak dan bapak akan berkorban pada anak...

No comments:

Post a Comment